flash

Wedding Photographer, Jurufoto Perkahwinan Batupahat, Muar, Ayer hitam, Sengarang, Yong Peng

Batupahat, Muar, Segamat, Johor Wedding Photographer

Facebook

Salam Maalhijrah

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun:


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW,
ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan
ke atas mereka.
 
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini
daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku
melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya.
Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya.
Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana 
Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku
dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.
Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang
Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas
yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
 
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung
dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku
dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang
Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad,
ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan
kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW,
ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan
ke atas mereka. 

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal
dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah
dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan
dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan
terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang
mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
 
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan
Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad.
Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan
kesejahteraan ke atas mereka.

Rashid Photography
Phone : +6013.7777.367
email : rashidphoto@yahoo.com
Web : www.rashidstudio.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...